KEMAHIRAN PENGURUSAN BILIK DARJAH
Kemahiran Pengurusan Bilik Darjah
Dalam Blog ini saya akan membincangkan tentang kemahiran-kemahiran dalam pengurusan bilik darjah.
1.0 Pendahuluan
Kemahiran pengurusan bilik darjah merupakan salah satu aspek penting yang perlu seorang guru kuasai agar proses pembelajaran dalam bilik darjah berjalan dengan lancar. terdapat lima aaspek utama dalam keamhiran pengurusan bilik darjah iaitu kemahiran merancang, mengurus, mengelola, mengarah, dan mengawal.
2.0 Isi penting
Terdapat lima aspek pengurusan bilik darjah iaitu yang pertama kemahiran merancang. Seorang guru hendaklah bijak atau mahir dalam merancang perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran ataupun sesuatu aktiviti yang dijalankan dalam bilik darjah. dalam membuat perancangan pengajaran, guru hendaklah menentukan tajuk pelajaran, objektif yang hendak dicapai, serta jenis bahan pengajaran dan alat bantu mengajar untuk menghidupkan lagi suasana pengajaran dan pembelajaran(PdP). Selain merancang pengajaran, guru juga hendaklah mahir dalam merancang disiplin dan pengurusan bilik darjah yang baik agar sesi pdp dapat diajalankan dengan keadaan yang tenteram. Sebagai kesimpulan, kejayaan atau kegagalan satu-satu pelajaran atau kegiatan di dalam bilik darjah amat bergantung kepada perancangan teliti yang dibuat oleh seseorang guru.
Seterusnya ialah kemahiran mengurus
sebagai seorang guru kita hendaklah menjadi seorang pengurus yang cekap. ianya penting untuk mewujudkan satu keadaan yang tenteram agar selesa untuk sesi pengajaran. sebagai pengurus, guru akan memastikan segala kegiatan harian seperti menanda kedatangan, dan mengedar serta mengumpul buku berjalan dengan teratur.
sebagai pengurus, seorang guru juga hendaklah memastikan bahawa susunan meja dan kerusi adalah sesuai bagi murid-muridnya. agar masalah seperti halangan penglihatan murid-murid yang lain dapat dielakkan.Selain itu juga, sebagai seorang pengurus yang baik guru hendaklah mendengar masalah muridnya dan memotivasikannya.
Pengurus yang cekap lazimnya berjaya membentuk disiplin kendiri individu-individu di bawah jagaannya.
sebagai pengurus, guru juga hendaklah berusaha untuk menimbulkan disiplin kendri di kalangan murid-muridnya. situasi ini akan meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya , dari segi kemahiran mengelola selain mengajar guru , peranan guru sebagai pegelola juga sama pentingnya. Sebagai pengelola, guru hendaklah menjalankan tugas-tugas berikut dalam bilik darjah:
-
Memastikan penyusunan meja dan kerusi sesuai untuk sesi pdp
-
Menyediakan keadaan bilik darjah yang menggalakkan penyertaan murid-murid.
-
Memastikan segala bahan, peralatan serta kelengkapan mencukupi.
-
Memastikan masalah disiplin tidak timbul
-
Menyediakan jenis penilaian dan melaksanakannyasebagai pengelola yang cekap, guru akan berjaya menyediakan suasana bagi menjamin pengajaran-pembelajaran berlaku dengan berkesan.
kemahiran yang seterusnya ialah kemahiran mengarah
dalam pengurusan bilik darjah, seorang guru tidak akan dapat lari daripada memberikan arahan. guru perlulah menonjolkan diri sebagai seorang pengarah yang berjaya dan berkesan agar bilik darjah yang menjalankan proses pdp benar2 memberi erti keapada pelajar. Terdapat satu penyataan yang saya jumpa namun tidak saya masukkan sebagai rujukan kerana ia merupakan satu rujukan lama iaitu pada tahun 2004, namun penyataan ini menarik minat saya dan ingin saya kongsikan,
Field (2004) ia menyamakan peranan guru dengan peranan kapten sebuah kapal. Menurut beliau, bilik darjah boleh disamakan dengan sebuah kapal di mana guru adalah juru kemudi yang memimpin sekumpulan murid-murid yang mempunyai pelbagai personaliti. Kejayaan kepimpinan guru akan menentukan kejayaan sesebuah organisasi kecil yang dipimpinnya.
kemahiran pengurusan bilik darjah yang terakhir ialah kemahiran mengawal. Kebolehan atau kemahiran mengawal yang dimiliki oleh guru turut memberi peranan yang besar dalam menjayakan misi mencapai target atau objektif pembelajaran. keupayaan seorang guru untuk mengawal bilik darjahnya dari sebarang salah laku disiplin adalah satu kejayaan yang tidak kurang hebatnya. tidak sedikit usaha yang dijalankan bagi mengawal bilik darjah benar-benar kondusif dan selesa bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna.
pembelajaran yang bermakna selalu dikaitkan dengan kualiti kepimpinan guru sarna ada berjaya mengawal dan mendorong, bertindak sebagai perujuk dan berkebolehan mempengaruhi pelajar untuk berusaha mencapai sesuatu objektif umpamanya objektif pembelajaran.
3.0 Kesimpulan
Kesimpulannya guru memainkan peranan yang penting dalam mengurus pengurusan bilik darjah terutamanya guru kelas, yang kena memastikan keadaan kelas sentiasa dalam keadaan yang terkawal dan selesa untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.